Wednesday, 22 June 2011

Kelebihan KoKo

Serbuk koko adalah produk yang dihasilkan bersama lemak koko sebagai bahan terakhir dalam pemprosesan buah koko. Dianggarkan 100 gram serbuk koko mengandungi pelbagai zat yang diperlukan tubuh manusia termasuklah 10 % lemak, 22.4% protein, 46.7% karbohidrat, 2.8% theobromina dan pelbagai vitamin iaitu A, B, D dan E.

Coklat mengandungi zat makanan yang lengkap dan seimbang. Dianggarkan 100 gram coklat susu menyumbang 18% tenaga, 11% protein, 8% zat besi, 47% kalsium, 19% riboflavin dan 11% vitamin A yang diperlukan oleh tubuh manusia dalam sehari. Coklat juga mengandungi kalsium dan vitamin yang tinggi.

2) Benteng Kerosakan Gigi

Koko mengandungi tannin iaitu sejenis bahan yang bertindak sebagai benteng kerosakan gigi kerana menghalang pembiakan bakteria yang membentuk plak dan asid di dalam mulut. Lemak koko di dalam coklat putih pula bertindak sebagai pelincir yang menghalang pembentukan plak gigi.

3) Bukan Penyebab Kegemukan

Likur koko mengandungi zat yang dapat menghalang pencernaan dan penyerapan lemak yang menyebabkan kegemukan.

Coklat bukanlah penyebab kegemukan kerana zat di dalam pes koko dapat menghalang pencernaan dan penyerapan lemak. Kegemukan terjadi apabila pengambilan tenaga daripada pemakanan melebihi tenaga yang digunakan.

4) Baik Untuk Jantung

Koko adalah makan yang kaya dengan antioksidan flavanoids yang dapat mengurangkan risiko atherisclerosis serta mengurangkan kematian berpunca daripada penyakit koronari jantung. 

Coklat kosong atau coklat gelap mempunyai kandungan lemak dan zat besi yang tinggi. Anggaran 100 gram coklat kosong menyumbang 23% zat besi yang diperlukan oleh tubuh manusia dalam sehari.

Coklat gelap adalah lebih baik untuk jantung yang sihat berbanding dengan coklat putih kerana coklat gelap seberat 50 gram mengandungi 300 mg polifenol (poliphenol) berbanding dengan coklat susu yang sama berat hanya mengandungi 100 mg polifenol.

5) Mengawal Tekanan Darah

Coklat pahit mengandungi flavanoids iaitu sejenis antioksidan yang boleh membantu mengurangkan tekanan darah serta meningkatkan metabolisme badan untuk menukarkan gula di dalam makanan menjadi tenaga.

Coklat mengandungi kalium (potasium) yang tinggi. Bahan ini bertindak mempergiat tindakbalas biologi dan membantu memelihara tekanan osmotik di dalam sel.

6) Mengawal Kencing Manis

Kandungan antioksidan polifenol di dalam koko membantu menghalang penyakit kencing manis. 

Coklat diabetik sesuai untuk penghidap penyakit diabetes. Coklat diabetik menggunakan 10% pes koko, 25% lemak koko serta pemanis tanpa nutrien.

7) Menghalang Jerawat dan Parut

Asid linoleik di dalam lemak koko dapat membantu menghalang pertumbuhan jerawat dan mengurangkan parut.

8) Mengawal Kerosakan Sel dan Tisu Badan

Koko kaya dengan flavanoids, bahan antioksidan yang membantu menghalang kerosakan sel dan tisu badan yang disebabkan serangan radikal bebas. Antara kesan serangan radikal bebas adalah penyakit jantung, barah dan proses penuaan. Kajian menunjukkan amalan memakan koko dan coklat boleh mengurangkan risiko penyakit berkenaan.

9) Baik Untuk Kulit

Lemak koko megandungi 34 hingga 36% asid oleik yang boleh bertindak sebagai perapi, 31 hingga 35% asid stearik yang berupaya melembapkan kulit dan vitamin E yang bertindak sebagai antioksidan.


10) Menguatkan Tenaga Batin

Walaupun belum ada bukti dapat meningkatkan tenaga batin, coklat dapat mencetuskan reaksi positif kepada tindakan kimia otak dan diketahui dapat memperbaiki mood seseorang. Aroma, rasa dan kelazatan coklat memberi nikmat sukar digambarkan. Nikmat dirasai disebabkan pengeluaran pelali semula jadi yang diketahui dapat mengurangkan kesakitan dan meningkatkan mood. Hakikatnya, jumlah pelali itu tidak mencukupi untuk menghasilkan kesan sedemikian. Sebaliknya besar kemungkinan gabungan rasa, kandungan khasiat dan ramuan psikoaktif coklat yang menjadi penyebab. Tidak dinafikan, kesihatan menjadi keutamaan hampir semua orang. Jika dimakan secara sederhana, walaupun setiap hari, coklat tidak memudaratkan. Jadi, janganlah bimbang hendak menikmati coklat, kerana ia anugerah semula jadi paling enak.

Sunday, 5 June 2011

Makluman Pengguna (Jawatan Kosong)

Stokis diperlukan untuk setiap daerah di seluruh Malaysia termasuk (Indonesia/Singapura/Brunei/Thailand):


Keistimewaan stokis
1. Mempunyai hak eksklusif untuk kawasan masing-masing.
2. Modal perniagaan yang rendah.
3. Latihan dan bimbingan akan diberikan.
4. Flyers, poster dan banting akan diberikan percuma.


Pegawai Pemasaran
1. Elaun tetap.
2. Elaun Kenderaan.
3. Elaun Petrol.
4. Bonus Jualan.

Testimoni Pengguna


A. Rahman Md. Yatim [60 thn]

Saya mengidap penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi dan gout. Saya tidak boleh mengangkat tangan saya melebihi bahu dan juga merasa sakit-sakit di bahagian tapak dan jari kaki. Selepas mengamalkan minuman koko minda, saya boleh mengangkat tangan hingga mencapai belakang badan dan kesakitan keseluruhan badan hilang. Saya juga boleh berjogging dan banyak berpeluh. Fikiran saya tenang dan keluarga saya gembira. Syukur kepada Allah SWT. Saya menyeru kepada rakan seusia dan senasib dengan saya, cubalah koko minda.






Pn.Azizah Mat Lazim


Bersyukur kepada Allah dan tahniah buat Pn. Azizah Mat Lazim yang bakal melahirkan anak sulung pada Nov 2009. Difahamkan beliau telah berkahwin pada 2004 dan telah berikhtiar sebelum ini untuk mendapatkan cahaya mata tetapi hampa. Selepas minum koko minda selama 1 bulan, doktor mengesahkan beliau mengandung.
  1. Tahniah juga buat Pn. Siti yang bakal melahirkan anak sulung pada Nov 2009 selepas berkahwin lebih dari 3 tahun.
  2. Tahniah juga buat Pn. Chia yang bakal melahirkan cahaya mata selepas 7 tahun menanti.




Uda Halisman Idris [28thn]

Saya menghidap buasir dan resdung. Setelah mengamal minuman koko minda selama 12 hari, saya dapati penyakit buasir dan resdung saya berkurangan. Setiap kali saya bangun pagi, tiada lagi masalah hidung dan masalah buasir hilang. Jiwa saya tenang, isteri dan anak-anak saya gembira. Saya bersyukur ke hadrat Illahi.







Norhafiza Salim [22thn] & Masilah Ali [25thn]

  1. Pelatih jururawat tahun akhir. Selepas 10 hari minum koko minda, dan menduduki peperiksaan akhir, keputusan peperiksaan grade A 3.97 GPA.
  2. Pelatih jururawat tahun akhir. Selepas 10 hari minum koko minda, dan menduduki peperiksaan akhir, keputusan peperiksaan grade A 4.0 GPA. Pelatih jururawat terbaik Malaysia.


Mohd Amirul [5½thn] & Mohd Aiman Hakim [2thn]
  1. Selepas minum koko minda selama seminggu, senang diajar dan belajar. sekarang boleh membaca, mengira dan menghafal ayat Al-Quran.
  2. Selepas minum koko minda, boleh membilang dengan teratur.




Rifqie Hazhif [7thn]:

Rifqie mempunyai kesukaran untuk menumpukan perhatian dan menyebabkan dia sukar untuk membaca dan memahami pelajaran yang diajar di sekolah. Setelah mengamal minuman koko minda setiap hari, perkembangan Rifqie memberansangkan. Rifqie boleh membaca dengan lancar dan perhatiannya lebih tertumpu. Keputusan peperiksaan penggal 1,Rifqie berjaya mendapat 6 A...Sangat memberangsangkn!!
Alhamdulillah.






Ryan Haqimie [1½thn]

Selepas minum koko minda selama seminggu, perkembangan minda dan fizikalnya menakjubkan. Ryan sudah boleh makan sendiri, menuturkan perkataan lebih tepat dan lebih aktif bermain sepanjang hari. Bersyukur kepada Allah SWT.

Khasiat dan bahan-bahan Koko Minda Plus.

Koko Minda Plus merupakan minuman berasaskan koko yang dicampur dengan herba-herba terpilih iaitu buah kurma, buah kismis, buah tin, Ginko Biloba, dan pegaga. Ianya mengandungi vitamin dan garam galian yang bagus untuk perkembangan otak dan minda. Berikut adalah khasiat herba-herba di dalam Koko Minda Plus:
  • Buah kurma:
    • meningkatkan daya ingatan
    • penambah tenaga segera
    • menyihatkan sistem saraf
    • melawaskan sistem usus
  • Buah kismis:
    • meningkatkan daya ingatan
    • mengandungi anti oksidan yang tinggi. Sangat baik untuk kesihatan jantung dan urat saraf.
  • Buah tin:
    • meningkatkan kandungan oksigen dalam darah
    • mengawal kekejangan otot
    • mengawal berat badan
    • mengawal sel-sel darah
    • mengurangkan bakteria yang merugikan di dalam badan
  • Ginko Biloba:
    • meningkatkan daya ingatan
    • melancarkan aliran darah ke seluruh badan
    • meransang sistem penglihatan
    • meransang sistem pernafasan
    • mengawal kekejangan otot
    • membantu masalah kemandulan lelaki
  • Pegaga:
    • menenangkan dan menajamkan minda
    • memulihara saluran darah
    • membantu mengawal tekanan darah
    • menyihatkan kulit
    • mempercepat pemulihan luka
    • mengurangkan sakit sendi
    • merawat kesukaran tidur
  • Koko:
    • mempunyai kandungan anti oksidan 3 kali lebih tinggi dari teh hijau. Anti oksidan adalah lebih baik untuk kesihatan jantung dan sistem urat saraf.
    • membantu mengawal kolesterol
Boleh didapati dengan:(Perisa Strawberry/Coklat/Nenas)
Harga Pasaran seKotak (mengandungi 12 sachet)
RM19.00 (Semenanjung Malaysia)
RM24.00 (Sabah/Sarawak)

Harga Pasaran sePapan (mengandungi 16 sachet)
RM 25.00 (Semenanjung Malaysia)
RM 32.00 (Sabah/Sarawak)